Berita Menarik

Kos Menggantikan Skrin Samsung Galaxy Fold Di Malaysia Mencecah RM2540

Pembaca : 14
0 0

Samsung Galaxy Fold ialah telefon pintar yang dijual pada harga RM8388 sebuah di Malaysia. Sungguhpun begitu kesemua unit pra-tempahan untuk pasaran tempatan telah berjaya dijual. Antara penawaran menarik oleh Samsung kepada pelanggan Fold ialah gantian skrin boleh lipat percuma sekiranya kerosakan berlaku dalam tempoh setahun pertama selepas pembelian.

Tetapi apakah kos menggantikan skrin luaran dan dalaman boleh lipat selepas tempoh tersebut? Jawapannya rasminya kini diketahui selepas Samsung Malaysia menerbitkan harga gantian kedua-dua skrin Galaxy Fold di laman rasmi mereka. Kos gantian skrin luaran ialah RM430 manakala skrin dalaman boleh lipat pula ialah RM2540. Ini adalah harga gantian komponen sahaja tidak termasuk kos buruh.

Harga gantian skrin dalaman boleh lipat adalah lebih dua kali ganda berbanding RM920 untuk skrin Galaxy Note 10+. Jadi kepada pemilik Galaxy Fold, anda perlu lebih berhanti-hati kerana kos gantian skrin lebih mahal berbanding harga majoriti telefon pintar di pasaran.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.