Berita Menarik

MICROSOFT Mahu Tukarkan TV Pintar Anda Kepada XBOX. Boleh Ke? | Info TechSemut

Pembaca : 60
0 0

Microsoft sedang membangunkan teknologi yang membolehkan TV pintar anda ditukar kepada konsol Xbox. Ketua Operasi Xbox, Phil Spencer telah mendedahkan satu aplikasi yang dikhaskan untuk Xbox dan ianya boleh digunakan di TV pintar mungkin akan dilancarkan pada tahun hadapan.

“Dalam masa 12 bulan dari sekarang, anda mungkin akan melihat aplikasi ini dilancarkan. Tiada siapa yang dapat menghentikan kami dari meneruskan projek ini. Apa yang kita sering panggil pada TV ialah CRT yang hanya memancarkan gambar disebalik kaca yang saya sedang lihat sekarang.” kata Spencer.

Revolusi disebalik aplikasi Xbox untuk TV pintar ialah petunjuk kepada visi jangka Panjang Microsoft dalam membawakan pengalaman bermain permainan bertaraf konsol di mana sahaja anda berada. Masa depan Xbox bukan kepada kemampuan perkakasan konsol itu sendiri seperti yang ditegaskan oleh Spencer.

Di bawah Spencer, Microsft sedang membangunkan strategi baharu untuk bahagian permainan iaitu Xbox. Sementara Sony mahu menguasai perang konsol dengan melancarkan PS5 baru-baru ini, Microsoft pula menukarkan pelan mereka kepada model servis. Syarikat itu melancarkan Xbox Game Pass, iaitu servis langganan permainan termasuk XCloud yang menjanjikan permainan yang berkualiti tinggi, bertaraf konsol kepada pengguna telefon pintar dan gajet lain.

Mempunyai servis permainan didalam cloud bermaksud Microsoft sedang bersaing dengan Amazon dan Google secara amnya. Kedua-dua gergasi teknologi itu baru-baru ini telah menyertai dunia permainan konsol dengan melancarkan Stadia dan Luna iaitu servis permainan dalam cloud. Microsoft tidak saja bersaing dengan Sony dan Nintendo yang hanya bergantung kepada penjualan konsol dan permainan yang mereka jual dengan untung yang besar.

Walaupun begitu, Microsoft tidak menyatakan untuk keluar dari perang konsol, mereka hanya ingin memperbanyakkan perkhidmatan dalam dunia permainan konsol. Pelancaran Xbox Siri S baru-baru ini juga petanda bahawa Microsoft ingin masuk kedalam family yang besar didalam penawaran konsol generasi seterusnya.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.