Berita Menarik

MILDEF 4X4 HMAV Melepasi Ujian Fasa Pertama ATM

Pembaca : 84
0 0

Pertengahan Februari lalau MILDEF 4×4 HMAV dilancarkan sebagai kereta perisai mobiliti tinggi pertama buatan sepenuhnya anak watan. Kini ia telahpun melepasi ujian fasa pertama Angkatan Tentera Malaysia yang dilakukan minggu lalu.

Ujian dilakukan di Kuantan, Kemaman, Kota Bharu, Sungai Petani, Gemas dan Sungai Merab. HMAV melepasi ujian panduan jalan tidak berturap 300km, jalan tidak berturap 700km , ujian atas jalan berpasir, mendaki, menggunakan takal dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan ATM.

Antara ujian yang dijalankan ialah laluan off-rad sejauh 300km, on-road sejauh 700km, ujian di atas jalan berpasir, ujian brek, mendaki, halangan dan banyak lagi. Ketua pegawai eksekutif MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam bin Kasa berkata pihak beliau berpuas hati dengan hasil ujian pertama yang telah dijalankan.

Pihak MILDEF telah membelanjakan RM16 juta sejak empat tahun yang lalu untuk membangunkan kenderaan ini. Ia dilihat sebagai antara calon untuk menggantikan APC Condor yang sudah digunakan ATM untuk misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di Lebanon.

Condor yang telah digunakan sejak 1980an tidak lagi sesuai untuk digunakan di medan tempur model. Malahan ketika Pertempuran Mogadishu yang berlaku 28 tahun yang lalu, perisai Condor dengan mudah dirobek RPG 7 yang digunakan oleh militia Somalia.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.