Berita Menarik

Moto G Stylus 5G Hadir Dengan Skrin 6.8″ FHD+, Snapdragon 480, Bateri 5000mAh

Pembaca : 275
0 0

Moto G Stylus 5G Malaysia

Motorola telah mengumumkan model pertengahan baru iaitu Moto G Stylus 5G. Ia merupakan telefon pintar 5G yang hadir dengan stylus serta menawarkan skrin bersaiz 6.8 inci FHD+ LCD Max Vision dengan nisbah skrin-ke-badan 89%.Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 480 SoC dengan RAM hingga 6GB, memori dalaman hingga 256GB serta menjalankan dengan platform Android 11.

Untuk kamera, peranti ini tampil bergaya dengan kamera belakang quad-kamera yang merangkumi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 5MP dan sensor potret 2MP. Kamera hadapan pula dipadankan dengan kamera 16MP.

Peranti ini juga memiliki pengimbas cap jari yang dipasang di belakang, sokongan Dual 4G VoLTE, dual band Wi-Fi 6 802.11 ac, Bluetooth 5.0, GPS, dan USB Type-C. Ia turut dimuatkan dengan bateri 5000mAh serta pengecas 10W.

Moto G Stylus 5G hadir dalam warna Cosmic Emerald dan dijual pada harga $399,99 (Sekitar RM1699) untuk model dengan 6GB / 256GB dan akan tersedia untuk pasaran USA mulai 14 Jun. Buat masa ini taiada maklumat untuk ketersediaan di luar pasaran USA.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.