Berita Menarik

Nokia Hanya Mempunyai Pegangan Sekitar 0.7% Pasaran Telefon Pintar Pada Suku Ke-4 2020

Pembaca : 16
0 0

Minggu ini kita sedia melihat pengumuman berkaitan pegangan pasaran untuk suku ke-4 2020 yang lepas oleh pelbagai syarikat pengeluar telefon pintar. Ia diterajui seperti biasa, oleh Apple, Samsung dan juga beberapa pengeluar yang lain.

Tetapi, bagaimana pula dengan raja telefon suatu ketika dahulu, Nokia? Mengikut data yang dikongsikan oleh Counterpoint Research, Nokia telah mengeluarkan sekitar 2.8 juta telefon pintar pada suku ke-4 2020 yang lepas, iaitu sekitar 0.7% pegangan pasaran telefon pintar.

Dengan ini, ia meletakkan Nokia pada kedudukan ke-15 dalam jenama telefon pintar seluruh dunia.

Dari segi pegangan pasaran telefon bimbit pula, Nokia mempunyai sekitar 16% pasaran pada suku ke-4 2020 yang lepas, dan menduduki tangga kedua dibelakang iTel yang mempunyai pegangan sekitar 22%.

Nokia

Untuk tahun ini, HMD Global sedia merancang untuk memperkenalkan beberapa telefon pintar Nokia baharu – dan sama-sama kita nantikan sama ada ia akan membantu mereka dalam terus menambah-baik kedudukan atau sebaliknya.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.