Berita Menarik

OnePlus 5T Tidak Akan Menyokong Pengecasan Tanpa Wayar

Pembaca : 19
0 0

Pengecasan tanpa wayar diperkenalkan pada telefon mudah alih dengan peranti Palm Pre. Ia kemudian muncul semula pada peranti mudah alih apabila digunakan pada Nokia Lumia 920 dan820 pada tahun 2012. Ia kini adalah fungsi yang perlu pada peranti utama sehingga Apple akur menyertakannya pada model iPhone tahun ini.

OnePlus 5T yang akan dilancarkan pada 16 November ini telah disahkan tidak akan mempunyai fungsi pengecasan tanpa wayar. Pete Lau, pengasas OnePlus mengesahkannya di dalam forum pengguna rasmi. Menurut beliau pengecasan pantas Dash Charge adalah pilihan yang lebih baik buat masa ini berbanding pengecasan tanpa wayar. Sebagai pengeluar peranti yang menggunakan moto Never Settle, ketiadaan fungsi premium ini adalah sedikit aneh.

Tetapi OnePlus menghasilkan peranti yang mengampil input pengguna. Mungkin sekiranya majoriti pengguna memerlukannya, barulah ia akan disertakan. Sebelum ini mereka mengekalkan bicu audio kerana 80% pemilik yang dibanci masih menggunakannya.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.