Berita Menarik

Parlimen Malaysia Menjadi Parlimen Pertama Di Dunia Yang Mempunyai Kedai Serbaneka Pintar Nirtunai

Pembaca : 23
0 0

Pada hari ini, terdapat sejumlah kedai serbaneka pintar yang dibuka diseluruh dunia. Menariknya, Parlimen Malaysia kini tidak ketinggalan dan melakar sejarah tersendiri apabila membuka sebuah kedai serbaneka pintar, sekaligus menjadikannya sebagai institusi parlimen pertama di dunia yang melakukan perkara seumpamanya.

Kedai serbaneka pintar di Parlimen Malaysia ini dikuasakan oleh aplikasi BingoBox. Pengguna akan diperlukan memuat-turun aplikasi khusus, sekaligus mengimbas kod QR sebelum memasuki kedai berkenaan.

Kedai Serbaneka Pintar Parlimen Malaysia


Seterusnya, selepas memilih barangan yang ingin dibeli, pengguna perlu meletakkannya di bahagian kaunter. Imbasan automatik akan dilakukan, dan pengguna akan perlu membuat imbasan kod QR untuk melakukan pembayaran.

Kedai serbaneka yang dinamakan Kedai Serbaneka Pintar Ximplicity ini beroperasi selama 24 jam, dan menggunakan sistem pembayaran nirtunai.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.