Berita Menarik

Pasukan Petugas Ekonomi Digital komited percepat transformasi digital negara

Pembaca : 20
0 0

PUTRAJAYA, 2 Disember – Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) telah mengadakan mesyuarat kali ketiga untuk mempercepat transformasi digital negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah, dan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin, diadakan bagi menggulung segala usaha pemerkasaan ekonomi digital bagi memangkin pemulihan ekonomi negara.

Dalam kenyataan bersama, DETF akan meneruskan agenda nasional memacu ekonomi digital negara melalui pemerkasaan infrastruktur digital.

Ini termasuk menyokong pembangunan dan aplikasi teknologi baharu yang muncul seperti teknologi semikonduktor dan ‘deep tech’.

DETF juga akan turut menggalakkan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) menggunakan platform digital kerajaan bagi meningkatkan peluang menyertai perolehan kerajaan.

Ini sekali gus memudahkan permohonan insentif dan bantuan yang disediakan untuk PKS.

Pemerkasaan transformasi digital itu diyakini dapat memacu perniagaan dan pertumbuhan ekonomi serta sumber manusia melalui ekosistem berdaya boleh.

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.