Berita Menarik

Permua Crazy Taxi Kini Percuma Pada Platform Android Dan iOS

Pembaca : 10
0 0

β€œHey hey anda ingin bergembira dengan Teksi Gila!”. Crazy Taxi ialah permainan video pertama yang kami miliki semasa membeli Sega Dreamcast pada tahun 2000. Sehingga kini sekiranya kami bosan kami akan mengeluarkan konsol klasik ini dari simpanan bagi menikmati permainan arkednya yang menarik.

Bagi yang tidak memiliki Dreamcast, anda boleh menikmatinya dalam versi permua lengkap dengan muzik latar asal dari The Offspring dan Bad Religion. Sekiranya anda memiliki peranti pintar Android atau iOS, anda boleh menikmati Crazy Taxi secara percuma dengan sokongan iklan. Sebelum ini ia perlu dibeli sebelum boleh dimainkan.

Kepada mereka yang tidak mahu diganggu paparan iklan, anda boleh membeli Crazy Taxi pada harga RM 15.99 pada platform Android dan RM 7.90 pada platform iOS. Masa untuk membawa teksi seperti orang hilang akal di sekitar San Francisco!

Muat turun Crazy Taxi Classic percuma di Apple App Store dengan sokongan iklan

Muat turun Crazy Taxi Classic percuma dengan sokongan iklan di Google Play

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.