Berita Menarik

Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu Lagi Di Bawah Siri Narzo Pada 30 Mac 2021

Pembaca : 109
0 0

Realme Malaysia sedia hadir dengan penawaran beberapa peranti di bawah siri Realme Narzo sebelum ini. Ianya terdiri dengan dua model berbeza – iaitu Realme Narzo 20 dan Realme Narzo 20 Pro.

Dalam perkembangan terkini, mereka dilihat berkongsi perancangan untuk hadir dengan peranti baharu lagi di bawah siri yang sama. Perkara ini dikongsi oleh pihak Realme sendiri menerusi hantaran baharu di Facebook rasmi mereka, sebentar tadi.

Tiada sebarang butiran khusus diberikan, namun kita boleh menyasarkan model dimaksudkan adalah daripada siri Realme Narzo 30. Cumanya, masih tidak diketahui model manakah yang bakal dilancarkan kelak – ia berikutan terdapat dua model berbeza yang diperkenalkan di India, sebelum ini.

Dalam pada itu, Realme turut memaklumkan bahawa peranti berkenaan bakal dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan ini – iaitu 30 Mac 2021. Seperti biasa, setia dengan kami di Amanz untuk ketahui penawaran lebih lanjut kelak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.