Berita Menarik

Samsung Melancarkan SSD NVMe NF1 Dengan Kapasiti 8TB

Pembaca : 14
0 0

Pengeluar storan SSD terbesar di dunia kini ialah Samsung. Mereka telah melancarkan storan SSD terbaru mereka yang menggunakan format terkini NF1 (yang turut sebelum ini dikenali sebagai M.3 atau NGSFF) dengan kapasiti 8 TB. Dengan faktor bentuk baru NF1 ini, kepadatan memori meningkat berbanding M.2 sebelum ini. Keseluruhan SSD ini hanya sebesar 11 x 3.05 cm.

Sebanyak 16 modul NAND sebesar 512GB digunakan bagi menghasilkan SSD ini. Ia mampu membaca pada kadar 3.1 GB/s dan menulis pada kadar 2 GB/s. Bagi memastikan kelancaran pemindahan data, ia turut dilengkapi 12GB DRAM LPDDR4. SSD ini direka untuk digunakan pada sistem pelayan perusahaan. Harga jualan tidak diumumkan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.