Berita Menarik

Satu Lagi Peranti-Boleh Pakai Baharu Realme Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Pembaca : 9
0 0

Realme sedia hadir dengan penawaran beberapa peranti boleh-pakai untuk pasaran tempatan. Ia termasuklah Realme Band yang dijual pada harga RM129. Kemudian, diikuti pula dengan Realme Watch yang berharga RM299. Seterusnya, paling terkini adalah Realme Watch S ditawarkan pada RM369.

Dalam perkembangan terbaru, Realme dilihat mempunyai perancangan untuk membawa masuk satu lagi penawaran peranti boleh-pakai baharu buat pengguna di Malaysia. Perkara ini telah dikongsi oleh pihak Realme sendiri menerusi satu entri di laman media sosial mereka, sebentar tadi.

Tiada sebarang butiran lanjut berkaitan produk yang dikongsi. Sebaliknya, Realme sekadar mengacah orang ramai dengan berkongsi satu poster yang berlatar belakang hitam bersama rekaan objek berbentuk jam tangan. Turut kelihatan, terdapatnya pengunaan slogan yang bertulis “Meet The Pro” – menguatkan lagi spekulasi produk dimaksudkan berkemungkinan besar adalah Realme Watch S Pro.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.