Berita Menarik

Sony PlayStation 5 Akan Menyokong Storan Tambahan Bermula Pertengahan 2021

Pembaca : 112
0 0

Konsol yang hangat di pasaran sekarang ialah Sony PlayStation 5. Ia sangat hangat sehingga hampir mustahil untuk dibeli kerana permintaan yang lebih tinggi daripada bekalan. Bagi yang sudah memilikinya pula, konsol ini mempunyai isu besar iaitu storan yang terhad. Hanya sekitar 600GB boleh digunakan untuk storan permainan video.

Oleh itu laporan dari Bloomberg hari ini akan melegakan pemilik sedia ada. Memetik sumber dari Sony, laporan mengatakan slot SSD M.2 pada PlayStation 5 akan akhirnya dibuka pada musim panas ataupun sekitar Jun 2021. Dengan slot ini dibuka, pengguna boleh membeli SSD yang sesuai dan dengan saiz yang diingini untuk dipasangkan pada konsol.

Walaupun slot dibuka kelak, jangan berharap masalah storan akan berakhir. Kerana permintaan cip yang kini turut melebihi dari bekalan, SSD berkelajuan tinggi yang diperlukan oleh PS5 mungkin sukar dibeli dan ditawarkan pada harga yang tinggi. Oleh sebab itulah kami berkata jika anda boleh bersabar, nantikan SKU PS5 baharu yang menawarkan saiz storan lebih besar. Tidak perlu berlumba-lumba kerana konsol sukar dibeli, storan terhad dan tiada permainan eksklusif yang banyak pada waktu ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.