Berita Menarik

Spesifikasi “iMac Pro” Tertiris – Diperkasakan Intel Xeon E3

Pembaca : 9
0 0

Seperti dilaporkan awal minggu yang lalu, Apple mempunyai perancangan untuk menghasilkan iMac untuk golongan profesional. Ia dijangka mempunyai spesifikasi yang tinggi berbanding iMac biasa dan mungkin dijenamakan sebagai iMac Pro. Spesifikasi untuk “iMac Pro” tertiris hari ini dan ia agak menarik.
Pemproses Intel Xeon E3 dipadankan dengan RAM ECC sehingga 64 GB ECC, storan SSD NVMe 2 TB dan kad grafik dari AMD. Ia turut akan dilengkapi port Thunderbolt 3 bagi membolehkan sambungan skrin monitor 4K tambahan seperti pada MacBook Pro 2016. Adalah dipercayai iMac Pro ini akan mula dijual pada bulan Oktober.

Pihak Apple masih menguji sama ada mahu menyertakan papan kekunci baru yang dilengkapi Touchbar dan pengimbas TouchID terbina. Kepada peminat Apple apakah pendapat anda tentang spesifikasi ini?

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.