Berita Menarik

Spotify Kids Kini Menyokong Perkongsian Senarai Main Yang Dihasilkan Penjaga

Pembaca : 11
0 0

Pada Oktober 2019, Spotify Kids dilancarkan bagi memberikan pengalaman menstrim muzik yang sesuai untuk pengguna bawah umur. Menerusinya, Spotify boleh dinikmati tanpa perlu risau kanak-kanak terdengar muzik yang berunsur dewasa. Hari ini Spotify Kids dikemaskini dengan ciri baharu perkongsian senarai main dari ibu bapa/penjaga dengan kanak-kanak.

Menerusi ciri Shared Playlist ini, ibu bapa/penjaga boleh memilih untuk berkongsi senarai main yang dihasilkan dengan anak yang dijaga. Menurut Spotify, ia adalah antara ciri yang paling diminta oleh pengguna mereka. Adalah normal untuk ibu bapa memperkenalkan muzik kegemaran dengan anak-anaka. Malahan kami sendiri berkongsi minat muzik 90an dengan anak yang baru berusia 7 tahun.

Sebelum senarai main dikongsi, pengguna boleh menapis dahulu lagu yang mungkin dirasakan tidak sesuai. Di Spotify lagu sebegini hadir dengan logo E untuk Explicit. Pengguna kemudian diminta untuk mengesahkan sama ada mereka benar-benar ingin berkongsi senarai main dengan anak-anak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.