Berita Menarik

SPRM Menyiasat Telekom Malaysia Mengenai Pengambilalihan P1

Pembaca : 22
0 0

Telekom Malaysia mengambil-alih operasi syarikat pembekal telekomunikasi Packet One pada tahun 2014, dimana perkhidmatan telekomunikasinya diserapkan kedalam Telekom Malaysia, dimana ia melihat penjenamaan semula sebagai webe, dan kemudiannya unifi.

Menurut laporan The Malaysian Reserve, pada 13 Jun 2019, pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah melawat pejabat Telekom Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai pengambilalihan tersebut, yang dianggarkan bernilai beratus ribu Ringgit.

Laporan tersebut mengatakan lagi bahawa walaupun SPRM telah menyoal beberapa individu mengenai pengambilalihan tersebut, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Malah, pihak Telekom Malaysia sendiri menyatakan bahawa SPRM hanya hadir ke pejabat mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai pengambilalihan tersebut.

Telekom Malaysia juga mengatakan mereka akan terus bekerjasama dengan SPRM untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk memastikan pengambilalihan tersebut diiktirafkan sah dari segi undang-undang.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.