Berita Menarik

Televisyen Pintar LG Akan Menyokong Stadia Pada Penghujung 2021

Pembaca : 67
0 0

LG memperkenalkan beberapa model televisyen pintar terkini mereka di CES 2021 hari ini. Tetapi pengumuman paling menarik dan agak mengejutkan ialah kesemua televisyen yang menggunakan sistem operasi terkini webOS 6.0 ini akan menyokong perkhidmatan penstriman permainan video Stadia pada penghujung 2021.

Pengguna televisyen pintar 2021 LG akan dapat menstrim permainan menerusi Stadia pada resolusi 4K dan kadar bingkai 60 FPS. LG juga berkata sokongan Stadia pada televisyen pintar webOS 5.0 juga akan diberikan kelak.

Selama ini Stadia hanya diumumkan untuk sistem operasi televisyen pintar Android TV, Google TV dan Chromecast. Tetapi dengan webOS adalah antara sistem operasi televisyen pintar yang popular di pasaran, sokongannya amatlah dialu-alukan. Malahan sokongan penuh Stadia pada Android TV dan Google TV juga akan hanya diberikan tahun ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.