Berita Menarik

WinRAR Kini Dikemaskini Dengan Rekaan Ikon Yang Diberikan Nafas Baru

Pembaca : 18
0 0

WinRAR merupakan salah satu perisian yang tidak asing bagi ramai pengguna seluruh dunia. Melaluinya, ia membolehkan pengguna untuk membuka fail berbentuk arkib berformat RAR, ZIP dan sebagainya. Perisian ini juga turut digunakan dalam memudahkan pengguna menyertakan sejumlah dokumen dan menghantar ia melalui emel selepas diarkibkan.

WinRAR 5.60

Terkini, WinRAR telah pun mengeluarkan versi terbaru perisian mereka, iaitu WinRAR 5.60. Versi baru ini menawarkan sejumlah penambah-baikkan bersama dengannya, dan salah satu perkara yang paling tampak jelas adalah perubahan pada antaramuka.

Kini, ia hadir dengan penggunaan ikon baru pada perisian berkenaan dengan penggunaan warna yang lebih ceria berbanding sebelum ini. Walaupun membuat perubahan pada ikon, namun ciri yang ditawarkan masih kekal sama seperti sebelumnya.

Bagi anda yang menggunakan WinRAR, mungkin boleh mencuba versi terbaru ini hari ini dengan memuat-turun perisian ini hari ini.

Muat-Turun WinRAR untuk desktop

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.