Berita Menarik

Xiaomi Memfailkan Saman Terhadap Amerika Syarikat

Pembaca : 18
0 0

Xiaomi kini telah memfailkan saman ke atas pihak Amerika Syarikat – kerana sebelum ini mereka telah menyenarai hitamkan Xiaomi menerima sebarang pelaburan daripada pelabur di Amerika.

Pada awal bulan ini, Amerika Syarikat telah menambah Xiaomi dibawah senarai hitam pelaburan – membuatkan Xiaomi tidak boleh menerima sebarang pelaburan daripada pelabur negara berkenaan, selain pelabur sedia ada perlu menjual pegangan mereka pada Xiaomi menjelang November 2021 ini.

Amerika Syarikat mengatakan Xiaomi adalah syarikat yang dikategorikan sebagai “syarikat tentera Komunis China”.

Melalui saman yang difailkan, ia diperkatakan penambahan pada senarai hitam ini memberikan impak pada operasi mereka. Xiaomi turut menekankan mereka tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan China atau ketenteraan di China.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.